Cukup Sudah


Lagak kau tak ubah seperti
Seorang dungu

Bila ditanya
Kau jawab
Aku manusia
Pelupa
Pendosa
Tidak sempurna
Boleh taubat

Heh
Tahu buat
Aku betulkan

Kau manusia
Ya
Bukan beruk mahupun cipan
Pelupa
Apa usaha?
Pendosa
Bila mahu melakar titik noktah?
Tidak sempurna
Bukan alasan
Boleh taubat
Semata menutup dosa silam
Untuk kembali menambah yang baru?

Kau dungu
Cukuplah dengan hidung tinggi
Berhenti jadi bodoh sombong

Kau berhak atas diri kau
Aku tahu
Tapi
Jangan lupa
Kau tanggungjawab aku

No comments:

Post a Comment