Dan : Ku Tunggu Mu Datang


Ice watch menunjukkan pukul 6. Penat berjalan kaki dari sekolah. Keringat membasahi seluruh badan. Feruz tidak terus melepasakan lelah di bangku kayu depan rumah seperti biasa. Poket seluar diraba-raba mencari kunci pintu.

Daun pintu ditolak. "Haih, kosong. Mana pergi budak sorang ni?" 

Beg sekolah dicampak ke atas sofa. Tie yang dah longgar turut dicampak ke lantai. 

Masuk bilik, kosong. Bawah katil, tak ada. Dalam tandas, tak ada. Penat, dada Feruz berombak lantas mengambil tempat di sofa sebelah begnya. Ting! Keluar mentol bercahaya atas kepala. Feruz keluar rumah. Cari dekat pokok rambutan. Pun tak ada.

Feruz mengeluh.

"Kau cari apa tu?" Muncul satu suara dari belakang.

Feruz bersila. Mukanya merah kepenatan. "Aku cari kaulah Dan. Ingatkan dah pergi."

"Aku tak pergi mana-mana pun. Aku dari surau tolong masak untuk berbuka nanti." Dan senyum.

Feruz senyap. "Dah jom masuk, bersiap ke surau." Ajak Dan.

.   .   .   .   .   .


Dan sibuk dengan esfornya. Setkan alarm untuk pagi nanti. 3.30 a.m.

Feruz baring atas katil. Kurta putihnya masih tersarung di badan lepas balik dari terawih tadi.
Matanya menenung kipas siling yang dah hitam penuh habuk. 

"Ni kenapa tak tidur lagi?" Tanya Dan sambil menyiapkan katilnya untuk tidur.

"Takut. Aku takut aku bangun nanti kau dah takde." Perlahan Feruz menuturkannya tapi jelas. Dia benar-benar memaksudkannya. Sebak.

Dan cover macho. "Kadang-kadang, kalau kita sayangkan seseorang tu kita kena rela melepaskannya untuk kebaikan diri kita dan diri dia. Kalau kau sayangkan aku, aku nak jangan setitis pun air mata kau jatuh kalau aku pergi nanti." Dan senyum. 

Feruz menatap muka Dan. Tenang dirasai. 

"Dah lah pergi tidur. Nanti nak qiyam kan? Kita dating dengan Allah sesama." Dan tutup lampu.

Dan curi-curi mesej seseorang.

To: Wal

Wal, jangan kacau aku lepaskan rindu dengan mamat sorang ni. Tambah seminggu lagilah tau. Thanks.
-Ramadan

Sent. Tutup mata.

.     .     .     .     .


"Dan, kau tidur dulu. Aku ada kerja sikit." 

Tutup lampu bilik. Buka lampu meja. Ambil kertas kajang dan ball pen. Tulis. Mutiara jernih jatuh.

Warkah bertompok khas untuk Dan.


"Feruz kau nanges ke?" 

"Taklah, nyamuk cucuk mata." 

"Oh, cepat sikit siapkan kerja. Nanti nak qiyam." 

 Nafas ditarik dedalam. Tahan sebak.

Tutup lampu, tidur.




4.00 pagi. 27 Ramadhan 1434.

Dan gerakkan Feruz bangun qiyam. Senyap. "Tidur mati agaknya budak ni." 

Masuk bilik air. Buka paip ambil wuduk.

Feruz terjaga sebab bunyi air yang bising dan cahaya lampu yang benderang. Eh, tak. Dia dah lama terjaga. Matanya sembam. Menangis?

Something happen masa dia tengah tidur. Nightmare. 

"Feruz bangun dah subuh. Ni pagi raya cepat siap." Seseorang mengejutnya. Suara yang unfamiliar. 

Nak tak nak Feruz bangkit dari perbaringan. Gosok mata. Buang tahi mata. 

Bilik gelap, lampu tak dihidupkan lagi. 

"Cop, tadi kau cakap apa?"

"Dah subuh." 

Feruz sedikit tersentak. Bukan suara Dan? "Lagi satu.."

"Oh, ni pagi raya."

Matanya terbeliak. Tak percaya. Ya, dia ni bukan Dan. "Kau siapa, mana Dan?"

"Aku Wal, Dan dah balik malam tadi."

Feruz toleh ke arah meja belajar. Warkah nukilannya masih di situ. Argh, itu untuk Dan. 

Feruz menekup muka. 

Tak boleh ke persahabatan ni berakhir dengan manis seperti yang aku inginkan? Dah terlambat.

Empangan pecah.

Feruz tersedar. Matanya basah. Dia cuba melihat katil sebelah. Sekujur tubuh kecil sedang berbaring, tidur nyenyak. Tenang wajahnya.

'Alhamdulillah, mimpi je. Tapi tak mustahil terjadi.'

Bergenang air mata. Senyap. Tak nak kacau Dan tidur. Masuk bawah selimut, sambung leleh.

Sampai sekarang tak tidur lepas dapat mimpi tadi.

"Ha, bangun pun. Cepat sikit, aku solat dulu." Dan terus bentang sejadah dekat penjuru bilik. Allahuakbar. Tahajud 2 rakaat.

Feruz loncat dari katil. Pergi dekat almari ambil kain pelekat. 

'Oh, surat ni.' Feruz cepat-cepat selitkan surat tu dekat celah-celah buku teks.

'Kalau Dan baca ni buat segan aku je.' Sengih.

.     .     .     .     .


Pon!

Hon inche posmen memecah hening petang. Jarang-jarang ada surat yang sampai ke sini.

Lambat-lambat Feruz bangkit dari sofa. Malas. Buka pintu, sarung sandal.

"Assalamualaikum. Haih, muram je muka?" Tegur inche posmen. Kenalan Feruz tu.

Feruz sengih. Malas nak jawab soalan. 'Waalaikumussalam.' dalam hati.

"Ada banyak ke surat?" tanya Feruz.

"Adalah dua tiga.." Hulur inche posmen.

"Terima kasih." Ucap Feruz sebelum masuk ke rumah.

Sambil jalan dia belek surat tu. Terselit sekeping naskah coklat antara sampul-sampul putih. Suspiciousnya.....

Feruz berhenti dekat bangku kayu depan rumah. Duduk. Tangannya gatal membuka sampul coklat muda yang satu tu. 

Tekaannya tepat. Kad raya. Daripada......Dina? Masa silamnya. 

Degup jantungnya meningkat. Tekanan darah turut serta bertambah. 

Ini satu perkara. 'Macam mana dia masih boleh ingat aku?' monolog bersuara. Satu lagi, Dan terlintas di fikiran. Oh, raya dah dekat sangat.

"Wei, ada surat eh?" Dan muncul dari dalam. Berdiri di pintu rumah.

"Ha'ah. Surat. Bil tepon aku." Feruz terkejut, cepat-cepat selitkan kad raya tadi di antara surat yang lain. Dia tak nak Dan nampak kad tu. Dia tak perlu tahu. Bukan sebab siapa yang hantar, tapi sebab kad itu sendiri. Raya dah dekat.

"Urm, surat untuk aku ada? Kad raya ke?" Dan ketawa.

Sentap. "Memang taklah ada kad raya untuk kau. Surat bil je ni.." Feruz cover macho. Terpaksa berbohong. Dia lebih sanggup tanggung dosa daripada leleh dekat situ juga. Cengeng.

Tangannya erat memegang surat tadi. 

"Yeye aku tahu siapa aku. Kfine." Acah-acah merajuk, Dan masuk ke bilik.

'Kau tahu siapa kau? Siapa kau?' Feruz menyoal bayangan Dan yang dah beredar dalam hati.

'Kau tu kawan aku.' Pejam mata.

Dan tutup pintu bilik. 

Henponnya bergetar. Ada mesej masuk.

Open.

From: Wal - Kau siap tau. Malam esok aku sampai, aku jemput kau balik.

Reply.

To: Wal - K.

Sent.

Laju Dan membalasnya. 

Dan melemparkan tubuhnya ke atas tilam empuk. Tangan didepakan. Capai henpon balik. Buka inbox. Buka mesej tadi. Delete.

'Mesej ni kalau dibiarkan bahaya. Si budak Feruz tu bukan betul sangat sesuka hati stalk mesej orang.' Timbang Dan.

Dan merasai benda yang sama seperti Feruz kah?

Buka game, main Subway Surfer.

.     .     .     .      .

Feruz ketuk pintu bilik Dan. Pulas tombol, masuk. 

"Banyak lagi ke baju nak kemas?" Atas katil ada dua helai t-shirt tak berlipat. 

Dan bersila atas lantai tepi katil. "Nak siap dah. Ala, lama lagi Wal nak sampai."

Feruz duduk sebelah Dan, bersandar pada katil. Keluarkan note, buka fb. "Baru ingat nak tolong...." 

"It's too late der." Dan gelak. Feruz tak hirau, tumpuannya lebih terarah kepada news feed fbnya.

"Siapalah yang mulakan trend kad raya letak gambar sendiri dekat fb ni?" Feruz mencebik. "Buat sakit mata, tambah jerawat aku je ni..." tambahnya lagi. 

Dan dengar je, tak menyampuk. Sesekali berdehem tanda menyuruh Feruz berhenti mengumpat. Kikis pahala puasa je.

Feruz meluat. Beralih kepada laman yang lain.

Signed in tuiter.

Temlen mengalir deras. Tapi deras lagi kalau si Feruz ni menangis. 

Satu benda yang Feruz perasan, tak ramai yang berada di temlen. Semua dah balik kampung. Feruz curi pandang Dan. Dan masih khusyuk dengan bajunya.

Mata dialihkan semula ke skrin note. "Kau memang nak balik kan?" Perlahan Feruz menuturkannya.

"Bukan nak, kena balik." Dan betulkan soalan Feruz. "Aku tak boleh lelama dekat sini. Kau perlukan ruang kau. Kau kena sambung belajar, sambung mencari erti hidup yang sebenar. You need to be independant. Berdikari, berdiri atas kaki sendiri mencari arah yang betul. Ya, sebulan aku kat sini adalah untuk beri kau sikit perangsang untuk kau bergerak sendiri lepas ni."

Feruz telan air liuq. Gegendang telingannya berjaya menangkap semua yang keluar dari mulut Dan.

"Tapi..kau tahu kan aku cemana? Cengeng, emo. Cepat down, futur." Feruz luruskan kaki, melunjur.

"Tak tahu pun. Bukan kau ni dalam hati ada taman rerama ke? Penyayang gitu." Dan terkekeh-kekeh.

"Ish aku serius memain pula dia." Feruz tolak bahu Dan.

"Siapa pun cepat futur kalau suka jauh daripada Allah." Dan menjawab ringkas.

Makan dalam punya jawapan. Feruz tunduk.

Menangis?

Tak, tengah scroll temlen.

.   .   .   .   .


Feruz menggeliat. Gosok mata. Tengok ice watch kat tangan. 4.50 p.m. 

"Argh!" Feruz sedikit menjerit. Bentak. Dia tumbuk tilam. Lamanya tidur lepas solat zuhur tadi. Dia menyesal. Patutnya masa ni dia habiskan dengan Dan bukannya pergi bantai tidur.

Atap garaj bagai ditimpa peluru bertubi-tubi. Hujan mula turun. Awan mendung berarak di langit.

'Awan menangis.' Dalamannya bersuara. Kelenjar air mata seperti mengiyakan. Matanya sedikit basah.

'Cop, mana si Dan ni?' Bayang Dan tak kelihatan. 

Feruz loncat dari katil. Pergi bilik Dan, pulas tombol, tolak pintu.

Dan atas katil. Mengiring membontoti Feruz di muka pintu. "Laaah, tidur juga rupanya." Feruz senyum segaris. Pergi ambil wuduk, solat asar. Usai solat masuk dapur, masak nasi goreng untuk berbuka buat kali yang terakhir bulan ni.

Pelik. 

Hatinya sayu mengenangkan pemergian Ramadhan, tapi dia dah tak mampu nak zahirkan perasaan itu lagi. Cukuplah Dia saja yang tahu. 

Kata-kata Dan siang tadi kembali terngiang-ngiang di fikiran.

"Siapa pun cepat futur kalau suka jauh daripada Allah."

Heh, kuat sangat bergantung dengan makhluk sampai tak sanggup nak berpisah. Aku milik Allah dan dia pun milik Allah. Selagi masing-masing berhubung dengan-Nya, perpisahan ini langsung tak beri sebarang erti.

Feruz pandang belakang, Dan tercongok memandangnya. 

"Feruz, Wal mesej aku. Dia kata dah nak sampai and dia nak berbuka sekali dengan kita. So..." bilang Dan.

"No prob." Feruz senyum. Ikhlas. 

Dia belum mula masak lagi pun. "Mai sini tolong aku."


Petang itu, mereka berdua dapat merasai suatu suasana yang berbeza. Keredhaan. Keikhlasan. Bersama rahmat Ilahi.




No comments:

Post a Comment