Dah dekat dah.


Bismillahirrahmanirrahim.

Tarik nafas.
Hembus.

Tangannya mencapai tumbler bercorakkan Angry Bird di tepi. Air kosong diteguk perlahan. Sikit sekadar membasahkan tekak.

Rakaman memori cuba dimainkan untuk mengimbau detik-detik manis pahit busuk hanyir di tepi kolam ikan.

Aktiviti memancing pun berjalan.

"Aaa!!" Satu jeritan di hujung belah kiri kolam memecah sunyi. Perempuan, faham sendirilah. Eh.

Seekor Tilapia berjaya didaratkan. Sebesar tapak tangan adiknya darjah tiga. Selepas bermusyawarah, akhirnya ikan tersebut dilepaskan ke dalam kolam semula. Kecil-kecil ni nak bakar pun tak puas.

Tak lama, umpannya menjadi. Kali ini sebesar tapak tangannya sendiri. Kira besarlah tu. Okay masuk baldi.

Jeritan saling bersahut. Keli sebesar tapak kaki adiknya darjah tiga berhasil didaratkan. Erm erm. Tanpa fikir panjang, si pemancing berkata, "Ambil keli ni, sodap kalau bakar ni." Walau sekecil itu. Sebab apa? Sebab itu keli. Payah nak dapat dia kena rasa sendiri.

Jom balik. Maghrib.

----


"Ajal maut ni ibaratkan macam ikan yang kita pancing tadi.."

Dia tersentak sesaat. Peh, sempat lagi abang sorang ni bermuhasabah masa orang tengah polak tunggu ikan tadi. Peh.

"Biasanya memang yang tua akan mati dulu, bukan yang kecil muda. Macam ikan tadi, yang kecil kita lepaskan balik, tapi yang besar kita tamatkan riwayat dia. Kita bakar dia. Kita makan dia (sambil jilat bibir). Tapi hakikatnya, ajal maut tu macam kita dapat ikan keli, tak kira kecil atau besar kita tetap akan bakar dia. Macam tulah kalau Allah nak jemput kita, kun faya kun."

Kali ini dia tersentap dari dalam. Kepala tertunduk. Allah...Allah..

Abang itu bercerita lagi. (diubah suai mengikut pemahaman si penulis)

"Ada satu ketika di mana seorang pemuda berjalan lalu dia terlihat seekor kucing dilanggar oleh sebuah Ferrari lalu mati di situ. Di depan matanya. Kawan di sisinya pun bertanya, "Awat hang tengok semacam je kucing tu?" Dia pun menjawab, "Aku nampak malaikat maut depan mata aku. Malaikat maut yang selama ni aku risau bilalah dia nak muncul tarik nyawa aku, muncul depan mata aku. Tapi bukan untuk aku. Yang pasti, dia cukup dekat dengan aku tadi. Dan aku masih hidup berdiri di sini." Senyap seketika."

Nyamuk aedes berbelang hitam putih hinggap di kakinya.

Pap ! Tamat riwayat makhluk kecil itu di situ.

"Siapa malaikat yang tarik nyawa manusia?"
"Bila Izrail datang memanggil...."
"Ya, malaikat Izrail. Samalah juga dengan haiwan. Tu nampak tak (aduh lupa apa nama dia) yang terbang terbang tu, kena kipas terus babai. Apa yang jadi? Malaikat Izrail dah tarik nyawanya. Erm. Sedar tak 'dia' tu tadi ada dedekat sini je. Dan...mungkin kita yang seterusnya. Istighfar. Istighfarlah."

Tak semena matanya basah. Allahu.. Astaghfirullahal'azim.

----


Kursor dilarikan ke butang publish. Tetiba tangannya terasa gatal. Nyamuk. Pap ! Mati. Heh.

Oh wait, did he was right there just now?

Erm. Ksalam.