Diari Ramadan Feruz 1435H


Bismillahirrahmanirrahim.

Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, ustazah aku ada cakap, kita wajib berikan layanan yang khusus untuk tetamu yang datang ke rumah. Tapi, kalau dia tinggal lama sangat dekat rumah kita, lebih 10 hari macam tu, layanannya kena sama dengan keluarga sendiri. 

Sebab tu bila awal-awal dia datang, makanan kita kena hidangkan, makan dekat meja yang kita hanya guna bila waktu tertentu je, tempat berehat kita sediakan dulu, tak boleh buat bising sampai mengganggu mereka berehat, dan benda lain yang semata untuk menjaga maruah dan menghormati mereka sebagai tetamu.

Lama lepas tu, "Buatlah macam rumah sendiri ya,", "Nak air, dalam fridge tu ada,". Gitu.

Sigh.

Jujur aku katakan, Ramadan tahun ini dirasakan amat berbeza.

'Alah, tiap tahun itu jugalah skrip dia. Tipikal.'

Abaikan.

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat asrama ada juga bi'ah Ramadan tu. Tapi bila dah tak sekolah ni, rasa macam kosong." -Bekas pelajar sekolah agama.

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat sekolah harian puasa sebulan apa je entah aktiviti aku. Tapi sekarang dah masuk alam ipt ni, Allah...lagilah taktahu apa yang aku buat sebulan ni." -Mahasiswa Bercelaru

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu seorang, sekarang dah berdua." -Suami muda. Eh?

Apa yang aku rasa lain?

Biarlah antara aku, Dan, Dia.

Tahun lepas, cengeng sangat aku ni. Sikit-sikit mata berair. Pastu kata dekat Dan aku menguap sebab mengantuk sangat. Eleh menipu. Siap tulis warkah cinta untuk Dan pula tu. Harhar malangnya tak sempat nak kasi dia.

Termenung.

Dan dah tidur. Beg pakaian dia tinggal sikit lagi nak siap kemas. Lepas berbuka esok dia dah kena gerak kalau tidak jalan jammed. Beraya dalam baslah jawabnya.

Pada minggu pertama Dan sampai sini, boleh dikatakan memang masa aku untuk dia sorang. Rindulah katakan. Eh jangan lupa, tetamu diutamakan. Seminggu tu sahur, berbuka, ke masjid bersama.

Aku pun ada beritahu Dan yang tahun ni aku ada misi aku sendiri. Awal-awal lagi aku tak merancang untuk khatamkan al-Quran seperti tahun-tahun sudah. In the end, memang tak pun. Aku beritahu dia, aku nak mula menghafal al-Quran.

Dan senyum. Alhamdulillah dia sokong aku. Dia tolong aku seminggu tu. Dapatlah berapa juz (k ni menipu).

Masuk minggu kedua, Allah dah tentukan aku untuk disibukkan dengan hal yang lain. Hari berganti hari.

Layanan aku terhadap Dan tidak lagi sebagai tuan rumah dan tetamu. Lebih kepada seorang abang dan seorang adik. Abang dan adik dalam keluarga yang pergaulan mesra bukanlah suatu yang common. Tidaklah dingin, cumanya masing-masing buat hal masing-masing tapi masih bergaul.

Sampailah hari ni, esok Dan dah nak balik.

Aku....nak menangis pun tak ada gunanya. Nak minta putarkan masa kembali pun terasa amat bodoh diri ini. Ya, fikiran aku berbalik kepada, "Dapat ke aku jumpa Dan lagi tahun depan?"

Keluh berat.

Tekan butang save. Tidurkan lappy.

Pandang Dan, nyenyaknya dia tidur.

Oh !

Buka balik lappy.

.........

Minggu terakhir abang dan adik ini duduk bersama sebelum berpisah buat 11 bulan sekali lagi. Hambar terasa. Tapinya jangan lupa, tak mesra kitorang pun, air dicincang tak akan putus bila namanya abang dan adik.

Fi hifzillah Dan.

Save. Log out. Zzzz.


Feruz // Tazakkar ya akhi
29 Ramadan 1435H


Belum masanya lagi.


Ya Allah
Sesungguhnya kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka

Ya Allah
Hancurkan kumpulan mereka
Pecahkan persatuan mereka
Leburkan pendirian mereka
Musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka

Ya Allah Yang Maha Memaksa
Ya Allah Yang Maha Perkasa
Ya Allah Yang Maha Membalas
Ya allah Ya allah Ya allah 
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka


Qunut nazilah
Bukan hanya dibaca di surau taman kita
Juga dibaca di masjid besi
Masjid negara dan negeri
Masjid nabawi
Masjidil haram
Mustajab berdoa di sana sehari-hari
Satu dunia melantunkan doa ini

Tapi..

Perasan tak satu perkara?

Seolah-olah langsung tidak memberi kesan.
Sepertinya qunut nazilah kita tidak sampai kepada tuhan.

Kita minta
"Musnahkan mereka!"
"Musnahkan mereka!"
"Musnahkan mereka!"

Realitinya, 
Kita sendiri yang kian tumbang.

Apa semua ni?

"Kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita." 

Ini janji Allah.
Kita pegang.
Kita ikut, tanpa kita sedar
Ianya bukanlah sekadar sumbangan duit, makanan dan pakaian
Bukanlah sekadar protes jalanan
Bukanlah sekadar barangan mereka dipulaukan.

Semua itu,
Kita hanyalah membantu umat dan orang Islam.
Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathiran.

Cuma,
Bagaimana pula dengan syiar Islam?
Dianaktirikan?

Protes sana sini, adab islami entah ke mana.
Sumbang itu ini, ibadah tumbang.

Kita boikot nugget diorang je, 
apalah sangat nak dibandingkan 
kalau diorang boikot barangan kita yang ada dua tiga je ni. 
(Eh ada ke?) 

Heh.


After-effect


Haji mabrur

Bukan semudah kau menangis berjela-jela depan kaabah
Bukan sebanyak mana kau bersujud depan kaabah
Bukan dengan mencium hajar aswad yang sekejap cuma
Bukan dengan ibadah yang bersungguh di tanah haram

Bukan dengan semua itu
Untuk kau
Aku, kita semua
Dikurniakan-Nya
Haji mabrur

Kecuali apabila sepasang kaki ini
Kembali bertapak
Di tanah yang halal
Dan tika itu
Kau bukan lagi
Engkau yang dahulu

Engkau yang sekarang
Engkau yang menangis air mata darah depan kaabah
Engkau yang sekarang
Engkau yang basah lidahnya dengan zikrullah
Engkau yang sekarang
Engkau yang soleh solehah
Mukmin dan mukminah

Hingga hayatmu di penghujung
Barulah bagimu,
Haji mabrur

Tempoh perlaksaan haji
Hanyalah sekadar kursus persediaan
Bagi kita menghadapi perkara yang sebenar selepas itu


***


Tempoh sebulan ini
Dua puluh sembilan hari

Tiadalah bezanya

Kita bakal menamatkan sesi tarbiyah di Universiti Ramadhan ini,

Apakah bagi kita ijazah yang sebenarnya?

Istiqamah.





And, it won't be easy. Prepare ourselves.


Allahumma bariklana fi ramadhan.

Musykilah Kabirah


"Weh Dan, aku tak puas hati betul lah."

"Dah kenapa.."

"Dah 6 hari, aku perati je diorang ni. Eh silap. Dari tahun tahun lepas lagi diorang macam ni."

"Macam ni...apa?"

"Saf tak pernah nak lawa, lompang sana sini, masing-masing tak nak mengalah nak ruang besar untuk diri sendiri. Ada kosong tak reti penuhkan...sok sek sok sek.....sampaikan aku pun rasa semacam je nak solat dekat masjid." 

"Jadi?"

"So acana ni? Imam pun takda pula aku dengar suruh betulkan saf bagai. Dapat mic terus Allahuakbar."

"Jadi?"

"Heish, musykilah ah."

"Kau nak aku buat apa? Kau sendiri cakap, kau 'perati je' diorang. Apa yang kau dah cuba buat?"

"Aku....erm." 

*kuis nasi*