Diari Ramadan Feruz 1435H


Bismillahirrahmanirrahim.

Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, ustazah aku ada cakap, kita wajib berikan layanan yang khusus untuk tetamu yang datang ke rumah. Tapi, kalau dia tinggal lama sangat dekat rumah kita, lebih 10 hari macam tu, layanannya kena sama dengan keluarga sendiri. 

Sebab tu bila awal-awal dia datang, makanan kita kena hidangkan, makan dekat meja yang kita hanya guna bila waktu tertentu je, tempat berehat kita sediakan dulu, tak boleh buat bising sampai mengganggu mereka berehat, dan benda lain yang semata untuk menjaga maruah dan menghormati mereka sebagai tetamu.

Lama lepas tu, "Buatlah macam rumah sendiri ya,", "Nak air, dalam fridge tu ada,". Gitu.

Sigh.

Jujur aku katakan, Ramadan tahun ini dirasakan amat berbeza.

'Alah, tiap tahun itu jugalah skrip dia. Tipikal.'

Abaikan.

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat asrama ada juga bi'ah Ramadan tu. Tapi bila dah tak sekolah ni, rasa macam kosong." -Bekas pelajar sekolah agama.

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat sekolah harian puasa sebulan apa je entah aktiviti aku. Tapi sekarang dah masuk alam ipt ni, Allah...lagilah taktahu apa yang aku buat sebulan ni." -Mahasiswa Bercelaru

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu seorang, sekarang dah berdua." -Suami muda. Eh?

Apa yang aku rasa lain?

Biarlah antara aku, Dan, Dia.

Tahun lepas, cengeng sangat aku ni. Sikit-sikit mata berair. Pastu kata dekat Dan aku menguap sebab mengantuk sangat. Eleh menipu. Siap tulis warkah cinta untuk Dan pula tu. Harhar malangnya tak sempat nak kasi dia.

Termenung.

Dan dah tidur. Beg pakaian dia tinggal sikit lagi nak siap kemas. Lepas berbuka esok dia dah kena gerak kalau tidak jalan jammed. Beraya dalam baslah jawabnya.

Pada minggu pertama Dan sampai sini, boleh dikatakan memang masa aku untuk dia sorang. Rindulah katakan. Eh jangan lupa, tetamu diutamakan. Seminggu tu sahur, berbuka, ke masjid bersama.

Aku pun ada beritahu Dan yang tahun ni aku ada misi aku sendiri. Awal-awal lagi aku tak merancang untuk khatamkan al-Quran seperti tahun-tahun sudah. In the end, memang tak pun. Aku beritahu dia, aku nak mula menghafal al-Quran.

Dan senyum. Alhamdulillah dia sokong aku. Dia tolong aku seminggu tu. Dapatlah berapa juz (k ni menipu).

Masuk minggu kedua, Allah dah tentukan aku untuk disibukkan dengan hal yang lain. Hari berganti hari.

Layanan aku terhadap Dan tidak lagi sebagai tuan rumah dan tetamu. Lebih kepada seorang abang dan seorang adik. Abang dan adik dalam keluarga yang pergaulan mesra bukanlah suatu yang common. Tidaklah dingin, cumanya masing-masing buat hal masing-masing tapi masih bergaul.

Sampailah hari ni, esok Dan dah nak balik.

Aku....nak menangis pun tak ada gunanya. Nak minta putarkan masa kembali pun terasa amat bodoh diri ini. Ya, fikiran aku berbalik kepada, "Dapat ke aku jumpa Dan lagi tahun depan?"

Keluh berat.

Tekan butang save. Tidurkan lappy.

Pandang Dan, nyenyaknya dia tidur.

Oh !

Buka balik lappy.

.........

Minggu terakhir abang dan adik ini duduk bersama sebelum berpisah buat 11 bulan sekali lagi. Hambar terasa. Tapinya jangan lupa, tak mesra kitorang pun, air dicincang tak akan putus bila namanya abang dan adik.

Fi hifzillah Dan.

Save. Log out. Zzzz.


Feruz // Tazakkar ya akhi
29 Ramadan 1435H


No comments:

Post a Comment