N (H) O P E







Kerana bila aku lihat langit, aku nampak harapan.

Seluas mana langit itu, seluas itu aku mampu mengisi ruang cita dan impian.


























Luas bukan?

Dan kerana langit itu penuh dengan kejutan,
aku akan terus berharap dan menanti,
untuk melihat pelangi usai gerimis di siang hari.

.....

2018.
Selamat tahun baru.

Esok hanyalah satu hari yang baru, dan akan terus silih berganti.
Seperti langit yang berganti awan waktu demi waktu.


Jatuh bangun.


Mereka kata
Besarkanlah jiwa
Buka
Dan janganlah tertutup
Terima
Dan janganlah sombong

Mereka kata
Kau tak hebat
Bila kau hidup dan di atas
Tapi
Kau hebat
Bila kau dapat hidup di bawah

....


Azam 2018?


Sekejap saja.


Orang kata kalau selalu jumpa kurang rasa rindu. Jadi aku saja lama tak menulis dekat sini. Biar orang rindu. 

Masalahnya, rindu ni benda baik ke?


----

Berapa hari lepas seorang junior dekat sini ditimpa benda yang paling aku minta jauh waktu belajar ni.
Kehilangan ahli keluarga.

Tadi videocall dengan abah, cerita haritu ada terjatuh sampai luka sakit sana sini.

..


Tuhan,

jagakan mereka. 


Sikit lagi.

Hamdallah hidup lagi.


Apa erti hidup dengan hanya tetap di satu tempat? Apa erti hidup, tiada gerak walau seinci? Apa erti hidup tanpa hala tuju?

Tanpa impian, tanpa harapan?

Apa erti hidup jika sekadar hidup?

Tidur, bangun, mandi, sembahyang, makan, tidur.
Ulang-ulang sampai tiada lagi hidup sekadar berselang hirup nafas.

Aku tahu semua yang hidup ada impian masing-masing. Ada harapan sendiri, walaupun tengok orang begitu kau nak begitu, orang begini kau nak begini juga. Asalkan kau ada sesuatu yang dikejar. Bukan tercegat tidak tahu apa.

Hilang tanpa ada dunia sendiri.

Ada tapi hilang. Hilang tanpa ada apa-apa.

20. Muda lagi? Mungkin. Entah tak tahu lagi. Tengok orang lain semua (kebanyakan) ke arah yang sama. Belajar sampai ada degree. Sampai ada sijil yang boleh buat keluarga bangga, diri sendiri bahagia. Mungkin. Siapa tak nak kan? Dunia tak adil? Entah juga. Tak semua orang dapat apa yang dia nak, walaupun benda yang sama.

Pernah balik kampung, atau berjalan jauh? Aku jarang sebab kampung dekat kl kajang je kahkah. Tapi sekarang aku belajar di kejauhan huhu. K.

Untuk sampai ke satu tempat, setiap sesuatu adalah benda yang tak sabit atau tak tetap. Boleh jadi itu dan boleh jadi ini. Kau masuk dalam kereta, pandang kiri kanan. Ada macam macam macam macam jenis kereta atas jalan. Dari sekecil kecil kancil merah pintu takleh kunci sampai sebesar besar alphard putih yang abah umi selalu cakap kereta orang jahat sebab tingkap hitam tu (hahahahaha) ada atas jalan. Belum lagi kira berjenis-jenis motor yang menyelit antara kereta tu, dan motor yang tak boleh menyelit sebab gedabak sangat (dan kena tinggal kat belakang kahkah). Bas, lori dan lain-lain pun ada.

Lain kenderaan, lain kemampuan dia dari segi kelajuan, kecepatan, ketahanan dan mungkin juga keselesaan untuk sampai ke satu destinasi yang jauh. Kalau kau naik kereta dari kl ke kelantan, dan aku ambil flight terus ke sana, siapa sampai dulu? Kau sampai dulu kalau kau gerak seminggu awal. Tapi masalahnya kita bertolak hari yang sama jadi nak tak nak aku akan tinggalkan kau.

Selain kenderaan, cara pemanduan pun dikira juga. Tak semua sama kan? Ada yang sangat berhemah kalah drive waktu test jpj, ada yang sangat bahaya macamlah itu litar sepang. Ada juga yang jenis sekejap sekejap berhenti di rnr cari kopi, cari tandas. Tak kira lagi yang sekadar jadi penumpang ataupun yang ada driver sendiri kan? Semua tu menatijahkan kesudahan yang berbeza dalam perjalanan ke satu destinasi yang sama.

Pada masa yang sama, ramai juga yang ketinggalan jauh di belakang. Sekadar berjalan kaki, sampai penat lama pula berhentinya. Dengan belum ada lesen kereta, lesen motornya dan segala lesen yang lain. Dengan tak dapat izin mak ayahnya. Dengan tak ada duit tambangnya. Dan dengan ada yang kena tinggal sebab bangun lambat.....

Oh, satu lagi.

Biasa kan dengar berita kemalangan di tengah jalan? Kereta rosak, cedera parah, dan maut di tempat kejadian. Ramai juga ya yang tak dapat sampai ke destinasi walaupun mampu ke sana. Ramai..

---

Ada seorang sahabat berkongsi cerita, tidak dapat sambung pelajaran lebih jauh (degree). Cukup setakat diploma dahulu. Sebabnya? Adalah sebab yang tertentu. Dia sedih.

Siapa tak sedih tengok orang sambung belajar sampai dapat degree kan. Siapa yang tak sedih kan kalau memang itu yang kita nak.

Siapa tak sedih, bila orang yang taktahu apa-apa komen yang macam macam pasal dia kan.

Sejujurnya aku sendiri tak mampu nak kata apa, yelah aku sendiri lagi beberapa bulan bakal pulang dengan segulung ijazah (insyaAlloh), dia pula terpaksa menangguhkan hasrat dia buat sementara waktu. Fuh.

Weh, lantaklah diorang. Hidup kau bukan hidup diorang. Kalaulah semua nak balik raya ke kelantan hari yang sama, pada waktu yang sama, tak ke nanti buat sesak jalan je? Satu hal pula nak layan memacam peel driver atas jalan. Tak rugi pun untuk ada plan dan jadual perjalanan kau sendiri. Sampai bila nak ikut jejak orang lain kan.

Dan kalau mengantuk, berhenti dulu, tidur seminit, secawan kopi. Biar lambat asal selamat. Gitu.




Train too bosan sebab dah tak bergerak (credit: siapa entah)





Okaybai esok last kelas sem ni. Satu sem lagi ayuh kawan kawan!